BANGKOK 20 Julai - Keganasan terus berlaku di selatan Thailand dengan
lima kejadian dilaporkan hari ini walaupun Inisiatif Keamanan Ramadan
dicapai di Kuala Lumpur Jun lepas.
Dalam kejadian serangan pertama, seorang Tok Penggawa Mukim Katong,
daerah Yaha, wilayah Yala Matsaki Kanet, 38, cedera ditembak pada pukul
12 tengah hari semalam, kata Ketua polis Wilayah Yala Mejar Jeneral
Polis Pira Boonliang.
Dalam kejadian kedua di wilayah Narathiwat, seorang lelaki, Sufian
Mamat, terbunuh dalam pertempuran dengan pihak keselamatan Thailand yang
mengepung rumahnya pada 3.20 petang di Kampung Yanin Jok Irong,
Narathiwat, manakala kejadian ketiga menyaksikan seorang lelaki dikenali
sebagai Hamdi Mahamamalee, 21, cedera ditembak.
Satu lagi kejadian pada pukul 6.50 petang waktu tempatan, Asmadi
Tuwaenya terbunuh dan isterinya Ilham Kuma cedera di tembak di Kampung
Natham, Muang Yala, manakala seorang lelaki, Asri Chekmama, mati
ditembak di Kampung Tanjunglima, Muang Narathiwat. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment